Friday 16 December 2011

Kata-kata yg bermakna :)

Antara kata-kata yang memberikan kesan yg sgt mendalam . Thank sebab membaca , ia bukan rekaan , ini adelah kata-kata hikmah , kata-kata mutiara dan kata-kata dari orang yg berilmuwan. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah faedahnya jika mereka mengingatkan tentang Allah S.W.T sedangkan mereka sendiri tak tutup aurat di mata dunia? Adakah benar caranya jika mahu berdakwah satu status tetapi mendapat dosa setiap kali orang lain memandang auratnya??
"Wanita bertudung tak semestinya baik tetapi wanita tidak bertudung pasti akan masuk neraka" Ustaz Azhar Idrus ( Original )

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan." 

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu."

"Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit."

 " Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada"

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata: "Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam."


“Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman. "

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini sekadar renungan sahaja , xde kena mengena antara hidup dan mati ." Kadang-kadang lebih baik membaca benda yang  berguna daripada membaca perkara yang yang jahil dihadapan mata"



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...