Thursday 5 January 2012

Subhannallah !!Menangis Kerana Allah dianggap mulia.

  • Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
  • Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
Airmata . Airmata . Apakah manusia akan lakukan sekiranya airmata ini mengalir ? 10 airmata yang terdapat dari manusia ? Adakah tangisan kita tangisi itu adalah tangisan kegembiraan dengan kejayaan didunia ini , tangisan kerna berjaya menjatuhkan sesama manusia , tangisan kerana menindas sahabat , tangisan kerana musibah , atau tangisan kerana takut kepada tuhan yang Maha Esa Allah S.W.T ? berapa kerap kali kita sebagai hamba mengalirkan airmata hanya kerana Allah yang Maha Esa ?

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Hari ini bukan saya untuk menceramah anda atau mahu jadi utazah . Sebab saya turut manusia yang melakukan kesilapan , tapi saya hendak sampaikan 1 cerita yg mungkin anda sendiri sudah tahu atau masih belum tahu , cukuplah kita renungi kisah Nabi Adam ini :-

"Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa
ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Mampukah kita berbuat sebegitu rupa ?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ
Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di
hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi .a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan.
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."




Maksud tidak akan disentuh oleh api neraka ialah tidak akan dimasukkan ke dalam neraka. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan kepada golongan yang sentiasa bermuhasabah diri di dunia sehingga mengalir air matanya kerana takutkan pembalasan Allah di akhirat.
 
Ini sekadar untuk renugan dan musabah diri , sebelum mengakhiri blog nie , saya tertarik nak kongsi 1 luahan kata2 seorang guru saya , bernama "Cikgu Shahrul" semasa mengajar saya matematik di sekola rendah sendiri , berbunyi begini " manusia x pnah lari dari kesilapan , apabila kita ditimpa musibah atas perbuatan kita yg lalu , pasti akan mengalir air mata , cikgu nak beritahu , jangan anggap orang yg jahat , mereka itu x mampu mengalirkan airmata , kerana Allah telah menetapkan 1 iman di hati kita , jahat mcm ne skalipun manusia itu pasti akn mengalirakn air mata dan berdoa kepada Allah , sbb digatinya ada iman , sbb tu kita harus lha solat" , perkataan itu terdetik di hati aku untuk menjaga solat , wal hal aku jgk ada melakukan dosa , tapi aku jugak seprti manusia lain . Sekian .





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...